top of page

Program Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Murid

IMG_20190820_141103.jpg

Program All About Learning

Dewasa ini, amalan membaca kurang mendapat sambutan di kalangan murid sekolah. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah ibu bapa tidak memain peranan yang aktif dalam memupuk amalan membaca dalam jiwa anak mereka sejak kecil. Selain itu, persaingan daripada teknologi lain dalam aspek penerimaan informasi juga menyebabkan murid kurang minat dalam membaca. Selaras dengan Dasar Buku Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi sokongan yang penuh dalam mengambil langkah-langkah proaktif untuk memantapkan budaya membaca di kalangan murid sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005.

IMG_20190820_141103.jpg
IMG_20190822_075941.jpg

Program Smart Learner Study Group

Mempertingkatkan kemajuan dan pencapaian murid dengan lebih cemerlang adalah merupakan satu impian bagi warga pendidikan. Kepada bakal calon UPSR iaitu murid Tahun 6, kejayaan tidak hanya bergantung pada PdP secara formal di dalam kelas atau kelas bimbingan ataupun dengan hanya membuat ulangkaji sendiri di rumah. Pelbagai kaedah pembelajaran secara formal dan tidak formal disarankan. Antaranya ialah pembelajaran bersama. Sejajar dengan keperluan fisiologi manusia yang memerlukan perhatian, bimbingan, teguran, dalam membina kejayaan yang cemerlang maka diadakan Smart Learner Study Group.

Penafian: Wilson's Kaunseling tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Saya sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat yang tepat dan terkini. Segala maklumat yang didapati di dalam laman web ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari masa ke semasa. Wilson's Kaunseling berhak membuat perubahan tanpa sebarang notis.  

© 2023 Wilson's Kaunseling 

016-8909715

  • Facebook
  • LinkedIn
bottom of page